Friday, February 4, 2011

PENUTUP



Kesimpulannya, pembinaan sesebuah masjid di suatu tempat memberi banyak kebaikan kepada individu dan masyarakat. Masjid yang makmur dapat membentuk keperibadian mulia seseorang di samping menjadi tempat menngeratkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam. Oleh itu, umat Islam perlulah berlumba-lumba untuk memakmur dan mengimarahkan masjid kerana rahmat Allah sentiasa menanti bagi sesiapa yang beribadat dan beriktikaf di dalam masjid dengan ikhlas.
Mengimarahkan masjid juga bermaksud mendirikan masjid, mengelokkannya dan membersihkannya daripada segala kekotoran zahir dan batin. [1]

Rasulullah SAW bersabda menerusi riwayat Sayidina Uthman Affan r.a:
“Sesiapa yang membina masjid semata-mata kerana Allah, Allah akan membina baginya sebuah mahligai di dalam syurga.”

Selain itu, golongan muda juga perlulah digalakkan oleh ibu bapa untuk selalu ke masjid kerana golongan yang akan mendapat naugan Allah  SWT di akhirat nanti ialah anak-anak muda yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid( iaitu suka beribadat).[1] Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menjaga kesucian masjid dan mengimarahkannya agar kita mendapat keampunan dan keberkatan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment