Friday, February 4, 2011

PENGERTIAN MASJID

PENGERTIAN MASJID


"Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad”, yang membawa erti tempat sujud. Sujud bermaksud merendahkan diri dengan menunjukkan ketaatan yang tinggi. Solat merupakan salah satu ibadat yang melambangkan ketaatan dan pengabdian seorang hamba kepada Allah sebagai Pencipta kerana di dalam solat, kita sujud kepada Allah. Oleh itu, secara ringkasnya masjid ialah tempat umat Islam menunaikan solat.

Untuk pengertian yang lebih lengkap, masjid ialah tempat umat Islam mendirikan solat secara berjemaah, menjalankan kegiatan keagamaan yang lain serta disunatkan beriktikaf di dalamnya. Solat berjemaah di masjid diketuai oleh imam.

Di dalam bahasa Arab, terdapat perbezaan di antara masjid dan masjid jami’.Masjid digunakan untuk solat fardhu dan saiznya lebih kecil berbanding masjid jami’. Manakala masjid jami’ pula lebih besar, dan digunakan untuk solat fardhu dan solat Jumaat.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid bukan sahaja menjadi tempat menunaikan ibadah, malah masjid merupakan tempat perkongsian ilmu dan perbincangan.

No comments:

Post a Comment