Friday, February 4, 2011

KESAN MEMAKMURKAN MASJID

KESAN MEMAKMURKAN MASJID


Sejak Masjid Nurus Said ditubuhkan, banyak  faedah yang diperoleh oleh penduduk kampung. Sememangnya tuntutan memakmurkan masjid memang digalakkan dalam Islam kerana ia memberikan kesan yang positif  kepada individu mahupun masyarakat.Antaranya ialah:

Masjid Nurus Said menjadi pusat tumpuan ibadah seperti solat jemaah sama ada solat fardhu, solat terawih, solat sunat hari raya, solat Jumaat dan sebagainya. Selain itu, masjid juga menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Ceramah, majlis zikir, pusat pentarbiahan anak-anak dan orang dewasa merupakan contoh majlis ilmu yang diadakan di masjid. Semua aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk Kampung Santan.

Masjid juga menjadikan tempat pungutan zakat dan tempat melangsungkan akad nikah.  Selain itu, penduduk kampung juga dapat mengetahui tentang perkembangan isu-isu berkaitan Islam dan hukum-hukum agama melalui khutbah Jumaat dan khutbah solat Hari Raya. Masjid juga tempat turunnya rahmat Allah kepada mereka yang beriktikaf dan beribadat di dalamnya.


Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 18:

Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Taubah: 18)

No comments:

Post a Comment