Friday, February 4, 2011

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan esei ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Ustaz Rashid dan Ustaz Arshad yang sudi ditemu ramah.Tujuan penulisan esei ini ialah untuk mendedahkan kepada umat Islam tentang  kepentingan masjid.Dalam esei ini, saya akan menghuraikan sejarah penubuhan Masjid Nurus Said,perkembangan dan kesan positif dari kegiatan masjid kepada penduduk setempat.

Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, umat Islam perlulah bijak mengambil kesempatan waktu untuk menziarahi masjid kerana terdapat banyak kelebihan kepada orang yang selalu mengunjungi rumah Allah. Ibadah di masjid bukanlah tertumpu kepada solat semata-mata. Menjaga adab ketika di masjid dan menghadiri majlis-majlis agama yang diadakan di masjid juga juga dikira satu ibadah.

Rasulullah S.A.W pernah menyatakan bahawa Allah akan mengampunkan dosa orang yang membuang sejenis kotoran dari masjid, begitu juga kepada orang yang membaca doa ketika masuk ke dalam masjid. Masjid yang dijaga dan bersih keadaannya akan membuatkan umat Islam berasa selesa dan khusyuk ketika menunaikan solat dan ibadat-ibadat lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga masjid dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid agar kita tergolong dalam umat yang dirahmati oleh Allah.

No comments:

Post a Comment