Friday, February 4, 2011

KEGIATAN MASJID

KEGIATAN MASJID NURUS SAID

Jika dahulu, Masjid Nurus Said hanya digunakan untuk solat Jumaat sahaja, kini fungsinya telah berkembang. Kini, solat fardhu dan aktiviti keagamaan yang lain juga turut dilakukan di masjid ini. Antara aktiviti-aktiviti  yang telah dilaksanakan ialah:


Isnin malam Selasa- Kuliah mengenai  hadis
Oleh Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib (Imam 1)

Rabu malam Khamis -Kuliah berbentuk kesedaran mengenai ajaran Islam
Oleh Ustaz Mursyidi bin Rashid

Khamis malam Jumaat - Program bacaan Al-Quran dan pembelajaran tajwid
Oleh Hj Ahmad Kamil bin Hj Ibrahim (Imam 2)

Sabtu malam Ahad - Program ta’mir masjid (Unit Ta’mir Masjid Jabatan Agama Islam)
Oleh Ustaz Mohd Nor bin Mat Salleh

Selepas  Subuh (Isnin hingga Khamis) pula diadakan tazkirah dan program bacaan Al-Quran termasuk terjemahan dan huraian ringkas. Satu hingga dua ayat al-Quran akan dipilih bermula dari Surah Al- Baqarah dan sekarang kupasan ayat al-Quran tersebut sudah memasuki surah Ali Imran. Insyaallah, program ini akan berterusan sehingga khatam al-Quran.

Pagi Jumaat- Tazkirah berkenaan akidah, kupasan rukun-rukun iman dan perkara-perkara yang membatalkan akidah.
Oleh Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib

Pagi Sabtu- tazkirah kerohanian
Oleh Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar

Pagi Ahad- peluang kepada anak-anak qariah yang berpotensi, dan berupaya untuk menyampaikan tazkirah menurut bidang ilmu masing-masing. Contohnya seorang anak qariah yang bergelar doktor boleh menyampaikan hal-hal semasa berkenaan kesihatan.
Seorang petani boleh berkongsi cara untuk meningkatkan hasil tanaman.

Program untuk ibu-ibu
Diadakan setiap hari Selasa selepas Asar, program ini dikendalikan oleh Ustazah Fauziah binti Sani. Program ini juga mempunyai pakej sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim.

Kelas Fardhu Ain

Kelas ini diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya, kelas ini akan diadakan pada sebelah petang. Para pelajar akan dibimbing oleh Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar.


Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

Masjid Nurus Said juga turut meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti Bulan Ramadhan, Isra’ Mikraj ,Maulidur Rasul dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti bersesuaian akan diadakan di masjid bagi menyambutnya.

Program khas sempena bulan Ramadhan

Sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, masjid Nurus Said mengadakan terawih, moreh, tadarus al-Quran dan majlis berbuka puasa. Majilis khatam al-Quran pula akan diadakan pada malam 27 atau  28 Ramadhan.

Selain itu, sempena Program Tilawah  al-Quran Kanak-kanak yang lepas, Pengerusi Masjid Nurus Said telah mengishtiharkan 2 kelab iaitu:
-Kelab Kanak-kanak Masjid
-Kelab Remaja Masjid
Kelab Kanak-kanak diletakkan di bawah biro wanita dan dipengerusikan oleh Ustazah Jamilah bt Jusoh manakala Kelab Remaja Masjid pula diletakkan di bawah biro pemuda.

No comments:

Post a Comment